Sunday, January 6, 2013

Solat Sunat Hajat

baru-baru ni saya ada baca sebuah buku yang amat menarik
Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan oleh Fathuri Salehuddin
antara pengisian yang dikongsikan dan terdapat dalam buku itu adalah strategi-strategi bagaimana untuk menjemput rezeki datang kepada kita
saya tertarik dengan strategi menjemput rezeki melalui solat hajat
kerana kaifiat yang dikongsikan di dalam buku ini saya tidak pernah dengar dan pelajari
jadi saya rasa perlu untuk saya kongsikan bersama untuk pengetahuan dan panduan kita bersama

Solat hajat khusus untuk perlindungan diri daripada kejahatan manusia, binatang dan makhluk-makhluk lain :

  • pada rakaat pertama membaca surah al-Fatihah (1 kali), ayat Kursi (1 kali) dan surah al-Falaq (7 kali)
  • pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah (1 kali), surah al-Baqarah (ayat 285-286, 1 kali) dan surah an-Nas (1 kali)
Solat hajat khusus untuk memburu impian (hajat tertentu) :
  • pada rakaat pertama membaca surah al-Fatihah (1 kali), ayat Kursi (1 kali) dan surah al-Kafirun (7 kali)
  • pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah (1 kali), surah al-Baqarah (ayat 285-286, 1 kali) dan surah al-Ikhlas (7 kali)
insyaAllah kita cuba amalkan bersama-sama kaifiat solat hajat ini
dan saya menyarankan anda untuk membaca buku ini kerana saya dah mula merasai kesan mengamalkan saranan-saranan di dalam buku ini
Alhamdulillah

sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH

Thursday, January 3, 2013

Semua Kerja Itu Sama

seorang teman istimewa pernah bercerita perihal rakannya
yang mempersoalkan mengapa seorang engineer lebih dipandang dan juga dihormati berbanding dengan seorang designer
walhal seorang designer mampu untuk mereka bentuk sesuatu yang amat cantik dan hebat
persoalan yang sama diajukan kepada saya
mungkin kerana saya seorang penuntut ijazah sarjana muda kejuruteraan
insyaAllah an engineer to be
apa yang membuatkan saya kesal
saya tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik pada waktu tersebut
mungkin kerana kurangnya ilmu di dada ini untuk bercakap mengenai rezeki Allah
oleh itu, kepada teman istimewa yang saya maksudkan
jika awak membaca artikel ini saya harap saya dapat menjawab persoalan awak tempoh hari





orang selalu membandingkan seseorang melalui pekerjaan mereka
golongan profesional seperti doktor, engineer, arkitek dan juga lawyer akan dianggap sebagai orang yang berjaya
bagaimana pula dengan golongan bukan profesional?
adakah mereka orang yang tidak berjaya?
berjaya atau tidak seseorang itu tidak bergantung kepada pekerjaan sebenarnya
manusia ini sama sahaja tarafnya di sisi Allah
tiada yang melebihi antara satu dengan yang lain kecuali keimanannya terhadap Allah
itu yang membeza-bezakan manusia disisi Allah Yang Maha Esa
bukan pekerjaan seseorang
ayah saya hanyalah seorang operator di empangan air
manakala emak saya hanyalah seorang cleaner sekolah
tapi saya tak pernah berasa malu untuk mengaku yang saya anak seorang cleaner
sebab saya percaya kepada Yang Maha Pemberi Rezeki

rezeki itu bukan milik manusia
tetapi ianya milik Allah
Allah telah sediakan sebelum kita lahir lagi di lauh mahfuz rezeki kita
setiap manusia Allah telah tentukan sebanyak mana rezeki mereka
mungkin dari satu segi Abu lebih
tapi Allah telah melebihkan Ali dari satu segi yang lain
jika kita faham maksud rezeki yang sebenarnya
kita akan sedar perkara ini
manusia yang selalu membeza-bezakan manusia
bukan Allah
saya lebih suka untuk menerangkan dengan lebih lanjut melalui contoh
agar kita semua jelas mengenai perkara ini

yang manakah mempunyai kehidupan lebih baik?
seorang engineer yang tiap-tiap bulan mempunyai pendapatan melebihi RM 5000
tetapi mempunyai hutang yang juga berjumlah RM 5000 yang perlu dibayar setiap bulan
dan setelah tolak perbelanjaan untuk satu bulan
dia hanya mampu untuk menabung sebanyak RM 200 sebulan
atau seorang operator yang hanya mempunyai pendapatan RM 2000
tetapi mempunyai hutang kurang daripada RM 1000
dan dapat menyimpan sebanyak RM 500 setiap bulan
berdasarkan perbandingan ini anda boleh menilai sendiri
siapa yang mendapat rezeki yang lebih daripada Allah

pekerjaan bukan suatu kayu pengukur taraf serta kejayaan seseorang
jangan malu untuk mengaku pekerjaan anda
kerana insyaAllah ramai orang di luar sana seperti saya
yang tidak memandang seseorang berdasarkan pekerjaan dan taraf pendidikan mereka
kita semua sama di bumi Allah yang indah ini
saya mungkin akan menjadi seorang engineer suatu hari nanti
tetapi ketahui lah saya tidak boleh hidup sendiri
saya memerlukan mekanik untuk membaiki kereta saya
saya memerlukan anggota polis untuk memastikan keselamatan saya
saya memerlukan seorang muazzin untuk memanggil saya ke surau
saya memerlukan orang lain sebab saya tak boleh melakukan kesemuanya

saya masih lg ingat kata-kata coach football saya waktu form 5
seorang bekas anggota TLDM
"kebijaksanaan tuan-tuan adalah kebodohan saya, dan kebijaksanaan saya adalah kebodohan tuan-tuan"
kalau kita boleh fahami maksud ayat ini alhamdulillah syukur
saya harap penjelasan saya diatas cukup untuk menjawab persoalan berkenaan
setiap pekerjaan itu sama sahaja.








Wednesday, January 2, 2013

Kita Tidak Sedar

kita mudah untuk nampak kesalahan dan kesilapan orang lain
tanpa kita menyedari bahawa kita bukan lah insan yang sempurna
kita suka untuk menghukum orang lain atas sesuatu kesilapan
tetapi kita tidak sedar akan norma kehidupan
kita juga pernah melakukan kesalahan yang sama
cuma bezanya kita tidak sedar
kita suka untuk meletakkan diri kita di atas orang lain
agar kita berasa diri kita hebat dan juga bagus
tiada manusia yang hebat dan tiada manusia yang bagus
sebab bagusnya manusia dan hebatnya manusia semua itu adalah rezeki
mengapa kita perlu untuk menghukum orang lain atas kesalahan yang kita sendiri pernah lakukan
cukup mulia agaknya kita untuk membeza-bezakan manusia
kita bukan tak boleh menghukum
tetapi biarlah dengan syarat kita perlu perhalusi dan nilai diri kita sendiri dulu
adakah kita cukup bagus untuk menghukum orang lain?
persoalan itu harus mendapat tempat yang pertama dalam otak pemikiran kita
jangan berasa diri terlalu bagus dan tidak pernah melakukan kesalahan
tiada manusia yang maksum seperti junjungan besar Nabi Muhammad SAW
memang susah untuk menjadi orang yang adil
tetapi tak susah untuk menjadi orang yang baik
hukuman tak boleh dijalankan secara melulu
pepatah melayu sendiri menyebut
"terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya"
kita jadikan ini sebagai peringatan bersama
bukan apa cuma bercakap berdasarkan pengalaman
pengalaman ditindas memang sakit dan pahit
tapi jadikan ia sebagai pedoman
untuk pengajaran di hari kemudian


2013

Alhamdulillah dah masuk tahun baru bagi tahun masihi
apabila muncul sahaja tahun baru orang akan berkata mengenai azam baru
syukur Alhamdulillah kalau kita mempunyai azam untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan kita yang lalu
kerana setiap impian bermula dengan  satu azam
dan setiap cita-cita bermula dengan satu impian
begitu pentingnya azam dalam kehidupan kita
akan tetapi azam hanya akan tinggal azam kalau kita tak memulakan langkah pertama untuk menggapainya
azam perlu ditulis di atas kertas untuk sentiasa mengingatkan kita mengenainya
tak perlu rasa malu untuk menulis azam kita
kalau boleh tampal dekat dinding besar-besar supaya setiap hari kita boleh nampak azam kita
InsyaAllah kalau kita buat macam tu kita boleh gapai apa yang kita azamkan
sebab kita dah mulakan langkah yang pertama untuk menggapai azam kita
setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran
begitu juga dengan langkah kita
di akhir tahun ini kita akan lihat kembali sama ada kita dapat menggapai apa yang kita azamkan atau tidak
kalau kita dah mulakan langkah yang pertama InsyaAllah azam kita akan tercapai
kerana usaha adalah tangga kejayaan
tetapi kita kena sentiasa yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah
dan Allah menyukai hambanya yang berusaha
rezeki Allah itu pasti ada
marilah kita hulurkan tangan dan bermohon agar azam kita pada tahun 2013 ini akan tercapai
dan semoga Allah memberkati usaha dan doa kita untuk menuju kejayaan yang kita impikan
amin.....