seorang teman istimewa pernah bercerita perihal rakannya
yang mempersoalkan mengapa seorang engineer lebih dipandang dan juga dihormati berbanding dengan seorang designer
walhal seorang designer mampu untuk mereka bentuk sesuatu yang amat cantik dan hebat
persoalan yang sama diajukan kepada saya
mungkin kerana saya seorang penuntut ijazah sarjana muda kejuruteraan
insyaAllah an engineer to be
apa yang membuatkan saya kesal
saya tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik pada waktu tersebut
mungkin kerana kurangnya ilmu di dada ini untuk bercakap mengenai rezeki Allah
oleh itu, kepada teman istimewa yang saya maksudkan
jika awak membaca artikel ini saya harap saya dapat menjawab persoalan awak tempoh hari
orang selalu membandingkan seseorang melalui pekerjaan mereka
golongan profesional seperti doktor, engineer, arkitek dan juga lawyer akan dianggap sebagai orang yang berjaya
bagaimana pula dengan golongan bukan profesional?
adakah mereka orang yang tidak berjaya?
berjaya atau tidak seseorang itu tidak bergantung kepada pekerjaan sebenarnya
manusia ini sama sahaja tarafnya di sisi Allah
tiada yang melebihi antara satu dengan yang lain kecuali keimanannya terhadap Allah
itu yang membeza-bezakan manusia disisi Allah Yang Maha Esa
bukan pekerjaan seseorang
ayah saya hanyalah seorang operator di empangan air
manakala emak saya hanyalah seorang cleaner sekolah
tapi saya tak pernah berasa malu untuk mengaku yang saya anak seorang cleaner
sebab saya percaya kepada Yang Maha Pemberi Rezeki
rezeki itu bukan milik manusia
tetapi ianya milik Allah
Allah telah sediakan sebelum kita lahir lagi di lauh mahfuz rezeki kita
setiap manusia Allah telah tentukan sebanyak mana rezeki mereka
mungkin dari satu segi Abu lebih
tapi Allah telah melebihkan Ali dari satu segi yang lain
jika kita faham maksud rezeki yang sebenarnya
kita akan sedar perkara ini
manusia yang selalu membeza-bezakan manusia
bukan Allah
saya lebih suka untuk menerangkan dengan lebih lanjut melalui contoh
agar kita semua jelas mengenai perkara ini
yang manakah mempunyai kehidupan lebih baik?
seorang engineer yang tiap-tiap bulan mempunyai pendapatan melebihi RM 5000
tetapi mempunyai hutang yang juga berjumlah RM 5000 yang perlu dibayar setiap bulan
dan setelah tolak perbelanjaan untuk satu bulan
dia hanya mampu untuk menabung sebanyak RM 200 sebulan
atau seorang operator yang hanya mempunyai pendapatan RM 2000
tetapi mempunyai hutang kurang daripada RM 1000
dan dapat menyimpan sebanyak RM 500 setiap bulan
berdasarkan perbandingan ini anda boleh menilai sendiri
siapa yang mendapat rezeki yang lebih daripada Allah
pekerjaan bukan suatu kayu pengukur taraf serta kejayaan seseorang
jangan malu untuk mengaku pekerjaan anda
kerana insyaAllah ramai orang di luar sana seperti saya
yang tidak memandang seseorang berdasarkan pekerjaan dan taraf pendidikan mereka
kita semua sama di bumi Allah yang indah ini
saya mungkin akan menjadi seorang engineer suatu hari nanti
tetapi ketahui lah saya tidak boleh hidup sendiri
saya memerlukan mekanik untuk membaiki kereta saya
saya memerlukan anggota polis untuk memastikan keselamatan saya
saya memerlukan seorang muazzin untuk memanggil saya ke surau
saya memerlukan orang lain sebab saya tak boleh melakukan kesemuanya
saya masih lg ingat kata-kata coach football saya waktu form 5
seorang bekas anggota TLDM
"kebijaksanaan tuan-tuan adalah kebodohan saya, dan kebijaksanaan saya adalah kebodohan tuan-tuan"
kalau kita boleh fahami maksud ayat ini alhamdulillah syukur
saya harap penjelasan saya diatas cukup untuk menjawab persoalan berkenaan
setiap pekerjaan itu sama sahaja.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment